Thursday, December 29, 2011

hahh !! (lepaskan nafas kuatkuat)

lega rasanya bila semua dah settle. hee
harap2 pertukaran sekolah saya berjalan lancar.
kenapa?


ha'ah, insyaallah saya pindah sekolah tahun depan. 
tak jauh pun. Saujana Impian.
siapa nak ikut ?? jom jom , best .. 
tapi an, saya beratlah nak lepaskan Engkusain :'(


ps: tadi Wahidah call, dia kata hari pertama sekolah kena pergi Engkusain sebab penolong kanan HEM nak jumpa, kononnya kalau nak masuk SAAS senang. Yela, cikgu Maziyah kan pengetua baru kat sana(aku agak je nih). Tapi cukuplah, aku berada dalam dilema selama beberapa minggu lepas kerana perlu tinggalkan engkusain. Aku takut kalaukalau aku masuk engkusain nanti, jiwa aku tinggal kat sana. Mestila, nanti mesti aku nak jumpa kawankawan, cikgucikgu. haih, wahai Engkusain, seandainya kau ada meneruskan bhsa arab, aku takkan berpaling ke tempat lain. Cheh .. 



Wednesday, December 28, 2011

masih ingat aku ?

Hai, lama dah tak post.. :)
tahun depan aku dah enam belas tahun. 
Kau pulak ??
hehh .. tak sabar nak sekolah.







Saturday, May 7, 2011

bagaimana nak uruskan ??

bagaimana hendak ku uruskan segalanya ??
folio belom siap , ulankaji lagi , tapi masih ada masa untuk bukak awak ..
hmm , good luck guys .. ( PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN  )
hadoi , sejarah bm geo bi khb math science ag bhse arab .. hooha tak sabar

Friday, March 4, 2011

saya nak ucapkan

selamat ulangtahun ke - 15
wahai awak yang saya belum lupakan . .
thank you :)

Sunday, February 20, 2011

hee ;)

hai hai hai .. you all comellah ..
hee .. best lah weh jadi tingkatan tiga (untuk certain certain perkare)
namun di sebalik suka mesti ade tak suka ..
i sangatsangat tak pasti kenapa i masih tak bole terima kehilangan cikgu lama .
  • cikgu ng (mathematics). saya paling merasai ketiadaan cikgu . dulu saya selalu merungut kenapa cikgu cuba gunakan masa math sepenuhnya tanpa cikgu nak membazir . walaupun masa tu , cikgu penat , ade banyak benda cikgu kena uruskan . cikgu tak pernah miss masa math . masih segar di ingatan saya bagaimana cikgu hadir ke sekolah untuk mengajar kami selepas cikgu penatpenat jaga PMR . cikgu mana lagi sanggup buat macam tu kalau bukan cikgu ? saat saya menyapa cikgu awal tahun dulu , cikgu mengatakan kami tak suka cikgu . Cikgu , walaupun kadangkadang saya merungut namun saya tak pernah tak suka cikgu malah saya sayang cikgu sangatsangat . cikgu nak tahu tak ? cikgu math saya sekarang seakan tak nak masuk kelas , saya ingat ade mesyuarat ke , perjumpaan ke walhal dia kata dia ada di sekolah di bilik guru . menyirap darah saya dengar dia cakap macam tu cikgu . cikgu ajar saya dari form 1 sampai form 2 , saya rasa macam tak boleh terima cikgu lain dah . saya rindu saat cikgu ajar saya . saat cikgu cakap "okay okay , ape ini ? , teroknya " . saya rindu semua tu cikgu . saya harap cikgu tak lupakan saya .

  • cikgu adlin (kemahiran hidup bersepadu). saya dah cuba terima cikgu yang sekarang ni , tapi saya masih merindui sentuhan menjerit cikgu tu . cikgu sekarang tak best . dia tak suruh pun kami buat nota bahkan nota dia bagi kertas suruh isi-isi . saya bukannya nak daftar apaapa . ade lagi , sekarang 20.2 tak lama lagi dah periksa . kami baru belajar bab 1 . selama ni , ada kelas kami kena siapkan kerja kayu . habistu , takkan tak nak belajar . cikgu pun macam cikgu ng  jugak , apabila ada masa je , mesti nak mengajar walau 5 minit cuma . cikgu dah bersalin , saya tak dapat nak tengoktengok , nak salamsalam lagi sebab cikgu sedang pantang . saya doakan cikgu cepat sembuh ya .

  • cikgu hafidzah (science). cikgu , saya selalu nampak cikgu apabila petangpetang . saya rindu nak belajar dengan cikgu . sampai sekarang , saya masih tak biasa dengan susun atur makmal dan keberkesanan pembelajaran itu meresap ke dalam hati saya . saya tiada masalah dengan cikgu sekarang hanya susah untuk saya terima apabila saya seakan terikat dalam makmal tu , banyak sangat peraturan . macam cikgu dulu , cikgu lebih sempoi dan tak cepat nak marah . apabila cikgu tak dapat mengajar , pasti cikgu menyatakan lebih awal dan memesan supaya tidak payah membawa buku . cikgu , saya rindu akan cikgu .
kepada cikgu yang kurang best , saya bukan tak suka hanya belum boleh melupakan cikgu lama sahaja . harap mengerti .

di sini , i dapat merumuskan bahawa peranan cikgu itu penting dalam jiwa seorang budak comel macam i . untuk pengetahuan , 3 orang guru ini telah mengajar i sejak tingkatan 1 sehingga 2 . bagaimana i tidak merasai ketiadaan mereka sedangkan ada yang menggantikan mereka ? i pun kurang pasti , ada yang i boleh menyesuaikan diri , dan masih ada yang belum .......

sampingan : i macam suka sejarah pulak bilamana cikgunya best dan mempunyai perwatakan yang lembut dan sentiasa merendah diri . Pada suatu hari , saya curi masa untuk beli air lepas waktu rehat dimana matapelajaran seterusnya sejarah , sesampai i menjejakkan kaki , i mmg agak dia mengamuk tapi tau apa dia cakap ? oke , i bagi tahu

" pergi mana tadi ? "
" rmm , kitaorang pegi "
" kantin? " dia tanya .
aku jawab " ya , bagaimana cikgu tahu ni ?"
" takpe , masuklah kita nak belajar ni "

betapa tersentapnya i waktu tu , macam nak bagitahu dunia yang cikgu sejarah i cikgu yang paling baik . sejak kejadian itu , i tak pernah rasa nak melambat-lambatkan pembelajaran sejarah . Ya ! dialah orangnya . Cikgu Siti Fatimah Mahmud ;)