Sunday, February 20, 2011

hee ;)

hai hai hai .. you all comellah ..
hee .. best lah weh jadi tingkatan tiga (untuk certain certain perkare)
namun di sebalik suka mesti ade tak suka ..
i sangatsangat tak pasti kenapa i masih tak bole terima kehilangan cikgu lama .
  • cikgu ng (mathematics). saya paling merasai ketiadaan cikgu . dulu saya selalu merungut kenapa cikgu cuba gunakan masa math sepenuhnya tanpa cikgu nak membazir . walaupun masa tu , cikgu penat , ade banyak benda cikgu kena uruskan . cikgu tak pernah miss masa math . masih segar di ingatan saya bagaimana cikgu hadir ke sekolah untuk mengajar kami selepas cikgu penatpenat jaga PMR . cikgu mana lagi sanggup buat macam tu kalau bukan cikgu ? saat saya menyapa cikgu awal tahun dulu , cikgu mengatakan kami tak suka cikgu . Cikgu , walaupun kadangkadang saya merungut namun saya tak pernah tak suka cikgu malah saya sayang cikgu sangatsangat . cikgu nak tahu tak ? cikgu math saya sekarang seakan tak nak masuk kelas , saya ingat ade mesyuarat ke , perjumpaan ke walhal dia kata dia ada di sekolah di bilik guru . menyirap darah saya dengar dia cakap macam tu cikgu . cikgu ajar saya dari form 1 sampai form 2 , saya rasa macam tak boleh terima cikgu lain dah . saya rindu saat cikgu ajar saya . saat cikgu cakap "okay okay , ape ini ? , teroknya " . saya rindu semua tu cikgu . saya harap cikgu tak lupakan saya .

  • cikgu adlin (kemahiran hidup bersepadu). saya dah cuba terima cikgu yang sekarang ni , tapi saya masih merindui sentuhan menjerit cikgu tu . cikgu sekarang tak best . dia tak suruh pun kami buat nota bahkan nota dia bagi kertas suruh isi-isi . saya bukannya nak daftar apaapa . ade lagi , sekarang 20.2 tak lama lagi dah periksa . kami baru belajar bab 1 . selama ni , ada kelas kami kena siapkan kerja kayu . habistu , takkan tak nak belajar . cikgu pun macam cikgu ng  jugak , apabila ada masa je , mesti nak mengajar walau 5 minit cuma . cikgu dah bersalin , saya tak dapat nak tengoktengok , nak salamsalam lagi sebab cikgu sedang pantang . saya doakan cikgu cepat sembuh ya .

  • cikgu hafidzah (science). cikgu , saya selalu nampak cikgu apabila petangpetang . saya rindu nak belajar dengan cikgu . sampai sekarang , saya masih tak biasa dengan susun atur makmal dan keberkesanan pembelajaran itu meresap ke dalam hati saya . saya tiada masalah dengan cikgu sekarang hanya susah untuk saya terima apabila saya seakan terikat dalam makmal tu , banyak sangat peraturan . macam cikgu dulu , cikgu lebih sempoi dan tak cepat nak marah . apabila cikgu tak dapat mengajar , pasti cikgu menyatakan lebih awal dan memesan supaya tidak payah membawa buku . cikgu , saya rindu akan cikgu .
kepada cikgu yang kurang best , saya bukan tak suka hanya belum boleh melupakan cikgu lama sahaja . harap mengerti .

di sini , i dapat merumuskan bahawa peranan cikgu itu penting dalam jiwa seorang budak comel macam i . untuk pengetahuan , 3 orang guru ini telah mengajar i sejak tingkatan 1 sehingga 2 . bagaimana i tidak merasai ketiadaan mereka sedangkan ada yang menggantikan mereka ? i pun kurang pasti , ada yang i boleh menyesuaikan diri , dan masih ada yang belum .......

sampingan : i macam suka sejarah pulak bilamana cikgunya best dan mempunyai perwatakan yang lembut dan sentiasa merendah diri . Pada suatu hari , saya curi masa untuk beli air lepas waktu rehat dimana matapelajaran seterusnya sejarah , sesampai i menjejakkan kaki , i mmg agak dia mengamuk tapi tau apa dia cakap ? oke , i bagi tahu

" pergi mana tadi ? "
" rmm , kitaorang pegi "
" kantin? " dia tanya .
aku jawab " ya , bagaimana cikgu tahu ni ?"
" takpe , masuklah kita nak belajar ni "

betapa tersentapnya i waktu tu , macam nak bagitahu dunia yang cikgu sejarah i cikgu yang paling baik . sejak kejadian itu , i tak pernah rasa nak melambat-lambatkan pembelajaran sejarah . Ya ! dialah orangnya . Cikgu Siti Fatimah Mahmud ;)

2 comments: