Sunday, November 18, 2012

untuk kau Amila

oke . gambar tak berkenaan
Amila Fadhlina,
Happy belated birthday . 
Thanks for being my friend as well as my guidance .
You're not good , you're GREAT !!
I love this life when there's YOU .






gambar ni menyimpan seribu satu kenangan kita :'(

ps : you know what ? i truly really sincerely miss our last time friendship relationship hardship that we went thru together.


Sunday, November 11, 2012

hari itu sangat bermakna

aww aww . lama dah tak update . first , assalamualaikum :)

hoohooo . hari tu aku ajak kawan2 datang rumah sebab aku rindu mereka sangat2 . tarikh 26.10.2012 . ahhh hari bahagia aku . hari raya haji yg paling best.

ahh serabutnya aku >_<

3 out of 5 of the MANAF

adiba yang pujuk mak ayah dia utk dtg sini

yas dan nani yang cantik

aten dan misna yang baik dan rajin 

mereka dgn  kawan thailand aku 

hai wahida :)

alea dgn kawan thailand aku dari SMAPK

jejaka idaman . wooohoooo :)

yang comel biasanya kita simpan, lastlast baru kluarkan

walopon kasyah janji nak dtg dan bawak kawan lain dtg, dan dia tak dtg sbb ade hal , aku tak marah sebab korang kan ade :')

hmmm . amila , audra, nabila , alea , yasira , nani , aten , misna , wahida , adiba , rahmat , deqwan dan kawan baru, nik . 
wehh , kirim salam kat mak ayah korang. cakap dari sorang budak comel nama dia malin . hahahaha . lagi satu , cakap kat mereka terima kasih sbb bagi izin pegi rumah aku rituh . hehh 

till here then buibui . .

ps : aku sayang korang sampai bilabila

Sunday, September 16, 2012


manusia : apa nak buat kalau jatuh hati?
ustaz : bagitahu dia. 
manusia : kalau dia tolak?
ustaz : leave him/her.

terjumpa dan rasa cam ade logiknye . hahaha. sampai bile2 aku takut.

ps: ustaz tu speaking doh :)

Saturday, March 3, 2012

wehhh


audra :) kau terbaik 

farah, sayang kau selamanya :)

aten teha rindu kau sampai bila2 :D

amila kau terhebad paling anggun XD

jangan lupa aku yo :')



bila kita bole jumpa lagih ??

Thursday, February 23, 2012

hoooo

berjaye jugak aku letak gambar wehh....


ps: sapesape ade contact ustazah siti mariam, tolong sangat2 bagitau saya 


dah lama saya cari dia
bantuan anda amat saya hargai :')

Thursday, February 9, 2012

AMBOI !!

Aku agak kau melampau lah derr ..
bajet gila kau ..
kang aku mencarut, sia-sia je ilmu tak berkat .. huhh .. aku post nih pun dah cukop dosa .. 
aku tau la kau concern pasal aku arn ?? at least bahase tu biar beragak siket ..
manusia ape tak jaga perasaan org . uuurrrrggggh :x (tutup mulot) nak elak dari mencarut .

aku tak tau la apasal cikgu PiJaK aku nih macam nak memalukan aku depan kawan lain .. huuhh
ikuti kisahnya di bawah 

pengajar (sambil pndg slek) : awak dgn awak sini kejap !! *dia panggil aku dgn imah

aku dan imah : ada apa?? 

pelajar lain : cikgu, cikgu nak pegi mana??

pengajar : saya pegi belakang nih je .

pelajar lain : nak ikut! nak ikut!

pengajar : tak boleh ini hal saya dgn org 'besarbesar'

pelajar lain : saya 'besar' jugak cikgu. 

pengajar : awak mana ada besar. awak nak kembang macam dierang nih (smbil tunjuk aku dgn imah) ini dah terlebih kembang nih.. 

aku : (senyum) 

pengajar (tanya kat aku dan imah) : macam mana badan awak nih sama besar???

aku : memanglah, kitorang adik beradik (imah diam jek)

pengajar : awak dua org nih, adik beradik betol ke??

aku : takdelah saya gurau je..

pengajar : berat awak berapa??

aku : 100 kilo (aku sorang je yg jawab)

pengajar : 100 ??biar betul?? (sambil buntangkan mata, rasa macam nak cungkil jeh)

aku : bukan lah seratus tapi akan sampai ke sana .

pengajar : habis tu, apa yg awak buat?

aku : sekarang saya memang berbasikal waktu petang

pengajar: saya nak tanya, ape awak makan sampai jadi besar macam nih ??

aku : mana saya tahu cikgu, ayah saya yg bagi makan. (imah masih berdiam)

PERBUALAN SEMAKIN RANCAK.. pelajar lain mula mendekati kami lalu berkerumunlah mereka. boleh bayangkan tak betapa malunya aku ?? dah la pelajar lain mendekati. semakin hebad dia berbicara ..

pengajar : kalau awak tak makan apa yg ayah awak bagi makan, awak takkan jadi besar macam nih !!

aku diam tak mampu nak jawab ape. hati dah remuk, perasaan bercampur baur, sedih dan marah (cermin mata sudah kabur, rasa macam nak nangis.)
(imah pegi tempat lain)

selepas beberapa saat mengumpul kembali semangat.....

aku : kenapa cikgu tanya semua nih?? cikgu nak buat weight lose programme keh??

pengajar : takdelah, awak ada tak keinginan nak kurus??

aku : (angguk je)

pengajar : awak ?? (tunjuk kat imah)

imah : (senyum) saya ok je cikgu .

pengajar : tak terfikir ke nak kurus ?

imah : angguk

pengajar : macam ni lah, saya ingat nak buat program kurangkan berat. ramai dah saya tanya, semua nak kurus .. (macam *%#$@#$% kan ?? tadi cakap takde)

aku : bagoslah sekolah nih ade buat program camtuh.. >.<

kemudian , aku terdengar sohsehsohseh pelajar lain .. " ehh , nak masuk nak masuk !" 
"kau nak masuk tak, wahida?" "ehh tak nak la , badan kita okay je" 
"cikgucikgu , kalau menang dpt ape ?" 

pengajar : dapat laptop tapi gambar je (sambil gelakkan lawak sendiri)

aku : (serius, tak boleh nak gelak doe)


tamat waktu cikgu terbabit..


perkara sebenarnya yang aku nak luahkan kat sini ialah :-


aku tak kisah kalau dia nak ajak masuk program tuh, tapi patut ke dia cakap cam tadih uh???


pada pendapat aku, dia sewajarnya menyusun kata2 sebelom bercakap dgn org gemuk cam aku nih.. seharusnya begini,


"awak sini kejap, cikgu nak cakap siket dgn awak. boleh tak jumpa saya lepas waktu sekolah nanti ?? saya ade bende nak bincang dgn awak" 


ini tak , ade ke cakap lantang depan pelajar lain ..


ataupun dia boleh straight to the point..
"awak sini kejap, saya ade rancang nak buat program kurangkan berat, awak berminat tak nak masok ?" 
ini tak, tanya berjela-jela buat org sakit hati .. 


Kau nih wehh, dengar sini . aku takkan lupa apa yg kau dah buat.. aku memang takkan pancitkan tayar, takkan tarik tudung, takkan ejek fizikal kau yg tak bape nak sempurna, takkan kutuk kau dgn kawan lain sebab aku belom percaya sepenohnya kat dierang... tapi ingat weh, tadi kau pijak air muka aku, esok lusa takde sape tahu.. 


:'( :'( nak pindah engkuhusain balik )': )':


Thursday, January 19, 2012

hari pertama di sekolah baru

Hari pertama sekolah, saya bangun awal :)
saya dah pasang niat nak pergi Engku husain sebab nak lepaskan rindu pada kawan-kawan. Lepas ambil semua yang diperlukan, saya bertolak ke sekolah baru yang terletak berdekatan bandar Kajang.

Sampai-sampai je sekolah, buat pendaftaran pelajar baru. Saya nampak Ikram, saya nampak Wahida. Ikram ambil l.k jadi, dia masuk kelas dinamik. Wahida sama kelas dengan saya iaitu Karisma. Karisma kelas sains aliran agama jadi kitorang lebih 3 subjek daripada kelas sains biasa. Lepas ditentukan kelas, saya kena pergi cari kelas karisma. So, saya beranikan diri tegur pelajar form 4, nasib baik ada yang baik sudi hantar saya kat kelas tuh. Yelah, aku nih mudah silau. Terima kasih Zatul :)

Yang menjadi masalah, aku dengan selamber confident pergi masuk 5 karisma pastu adela akak kat karisma tu cakap "sini memang karisma, tapi form 4 kat seblah"..
pergh malunya!!!! Rasa macam nak pindah sekola time2 tu jugak.


Dalam kelas terbabit, boleh pulak tak cukup kerusi dengan meja. pastu kena carik sendirik. urghh!! nasib baik lagi ade dua org yg baik nih. terima kasih sakinah dan fadlin.
rehat pukul 1030 sampai 1155. time rehat aku pergi kat mak aku yg memang aku mintak dia tunggu. Kemudian, tolong pulak nasiha dan wahida carik kusi dan meja. huhh penat kott turun naik bawak meja. takpela , hari ni aku tlg org, esok2 org plk tlg aku :)


Bila dah masuk kelas lepas rehat, aku terbengang pulak dgn seseorang atas beberapa sebab. mana bole bengang tanpa sebab kan?? (utk pengetahuan, saya mudah bengang tapi jarang nak luahkan) 
Kesimpulannya, hari pertama di sekolah baru tidak seperti yg aku harapkan. Aku harap ada org nak kawan dgn aku tapi.....siapalah yg sudi?


Masuk je keta time balik terus merungut macam2. Nak pindah engkusain balik lah. Nak berhenti sekolah lah. Mak cakap, "baru org tanak kawan dah nak berhenti?".
haish lupakan saja.

Sebelum balik rumah, singgah kejap kat Snogurt.. diulangi Snogurt .. sedap wehh.. cubalah sekali sekala pergi rasa . Ala, dekat je kat metropoint. dia macam tutti frutti jugak. rm5.90/100g..pergi sana bawak dalam rm20 untuk satu cawan. memang mahal tapi berbaloi, snogurt nih baru bukak jadi banyak promosi lah kiranya. Saya recommend perisa strawberry, mango, yg berry2 sume sedap tapi saya pergi pilih chocolate mint. Amek kau, makan aiskrim rasa ubat gigi.(saya tak perasan perkataan mint tuh sebenanya). Kalau korang pergi sana, kirim salam kat raja farah tau!! aku ada cakap tak snogurt tuh raja farah punya?? Ahhh raja farah sangat cantik !! 


ps: kejap aku pastu saya. harap tak marah lah ye..


rindulah kat engkuhusain. lencana panjang warna biru<3