saya dah pasang niat nak pergi Engku husain sebab nak lepaskan rindu pada kawan-kawan. Lepas ambil semua yang diperlukan, saya bertolak ke sekolah baru yang terletak berdekatan bandar Kajang.
Sampai-sampai je sekolah, buat pendaftaran pelajar baru. Saya nampak Ikram, saya nampak Wahida. Ikram ambil l.k jadi, dia masuk kelas dinamik. Wahida sama kelas dengan saya iaitu Karisma. Karisma kelas sains aliran agama jadi kitorang lebih 3 subjek daripada kelas sains biasa. Lepas ditentukan kelas, saya kena pergi cari kelas karisma. So, saya beranikan diri tegur pelajar form 4, nasib baik ada yang baik sudi hantar saya kat kelas tuh. Yelah, aku nih mudah silau. Terima kasih Zatul :)
Yang menjadi masalah, aku dengan selamber confident pergi masuk 5 karisma pastu adela akak kat karisma tu cakap "sini memang karisma, tapi form 4 kat seblah"..
pergh malunya!!!! Rasa macam nak pindah sekola time2 tu jugak.
Dalam kelas terbabit, boleh pulak tak cukup kerusi dengan meja. pastu kena carik sendirik. urghh!! nasib baik lagi ade dua org yg baik nih. terima kasih sakinah dan fadlin.
rehat pukul 1030 sampai 1155. time rehat aku pergi kat mak aku yg memang aku mintak dia tunggu. Kemudian, tolong pulak nasiha dan wahida carik kusi dan meja. huhh penat kott turun naik bawak meja. takpela , hari ni aku tlg org, esok2 org plk tlg aku :)
Bila dah masuk kelas lepas rehat, aku terbengang pulak dgn seseorang atas beberapa sebab. mana bole bengang tanpa sebab kan?? (utk pengetahuan, saya mudah bengang tapi jarang nak luahkan)
Kesimpulannya, hari pertama di sekolah baru tidak seperti yg aku harapkan. Aku harap ada org nak kawan dgn aku tapi.....siapalah yg sudi?
Masuk je keta time balik terus merungut macam2. Nak pindah engkusain balik lah. Nak berhenti sekolah lah. Mak cakap, "baru org tanak kawan dah nak berhenti?".
haish lupakan saja.
ps: kejap aku pastu saya. harap tak marah lah ye..
![]() |
| rindulah kat engkuhusain. lencana panjang warna biru<3 |

No comments:
Post a Comment